Laman Utama  l  Senarai Berita  l  Facebook  l  Twitter   l   Kembali ke BERNAMA.COM   l   Versi B. Inggeris   Isnin, 17 Jun 2019  
 

 
  Pendidikan Dan Kemakmuran Ekonomi Menjadi Permintaan Utama Kaum Cina

Analisis Oleh Linda Khoo



KUCHING, 8 Mei (Bernama) -- Sejumlah besar kaum Cina telah kembali menyokong Barisan Nasional untuk memberikan kemenangan besar yang lebih bermakna dalam Pilihan Raya Sarawak ke-11 semalam dan kini mereka menunggu dengan penuh harapan apa yang dirancang Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem untuk mereka.

Para pemimpin masyarakat mahukan pengikrafan terhadap Sijil Peperiksaan Bersepadu untuk lebih efektif membuka peluang pendidikan dan pekerjaan bagi kaum Cina.

Mereka juga mengharapkan peluang ekonomi yang saksama dalam pembangunan dan kemakmuran Sarawak.

"Pendidikan dan kemakmuran ekonomi menjadi harapan utama dalam senarai permintaan mereka yang membuatkan mereka mengubah sokongan daripada DAP kepada gabungan Barisan Nasional dalam tujuh kawasan majoriti Cina. Mereka mahukan peruntukan mencukupi untuk sekolah rendah dan persendirian Cina, agihan pertumbuhan ekonomi yang adil, dan menangani jurang ekonomi dalam negeri," kata Temenggong Lu Kim Yong, pemimpin tertinggi dalam masyarakat Cina di Kuching.

Lu berkata masyarakat amat mengharapkan sokongan berterusan masyarakat Cina selepas membantu BN mencapai kemenangan besar.

Beliau menganggap kembalinya ramai kaum Cina kepada BN adalah kerana kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dan pendekatan mesranya terhadap masyarakat.

"Sudah tiba masanya bagi wakil yang dipilih supaya memenuhi janji mereka untuk berkhidmat kepada rakyat.

Lu berkata dasar-dasar Adenan menyentuh hati dan fikiran rakyat.

Beliau juga berkata SUPP dan parti serpihan, UPP, harus bekerjasama untuk manfaat masyarakat Cina.

"Masyarakat Cina benar-benar mahu melihat mereka bekerjasama untuk memberi perkhidmatan dan penyampaian yang cekap," katanya.

Dr Chou Chi Ming, Pengerusi bagi Lembaga Amanah Kebajikan Masyarakat Cina Kuching berkata ramai kaum Cina kembali menyokong BN kerana pembangkang gagal memberikan khidmat kepada kawasan bandar yang dipegangnya sejak 10 tahun lepas.

"Bagaimana mereka memberikan perkhidmatan kepada rakyat? Adakah mereka dapat menyelesaikan masalah rakyat? Mereka kini menyedari tidak banyak yang boleh dilakukan pembangkang.

"BN membuat janji dan menunaikannya sementara pembangkang hanya pandai bercakap dan merayu. Mereka hanya boleh melakukan perkara kecil," katanya.

-- BERNAMA

   
   

 
 

 
 
 

 
 
     
 

MIRI -- Calon BN N73 Piasau, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew menerima ucapan tahniah daripada lawannya calon DAP, Alan Ling Sie Keong selepas memenangi kerusi itu pada Pilihanraya Negeri Sarawak ke-11. Beliau menang dengan majoriti 2,112 undi.

 
     
 

 
 
     
 

 
© 2019 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution