Laman Utama  l  Senarai Berita  l  Facebook  l  Twitter   l   Kembali ke BERNAMA.COM   l   Versi B. Inggeris   Isnin, 17 Jun 2019  
 

 
  Guan Eng Menganggap Kekalahan DAP Di Sarawak Disebabkan Populariti Adnan

GEORGE TOWN, 8 Mei (Bernama) -- Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengucapkan tahniah kepada pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak Tan Sri Adenan Satem atas kemenangan besar dalam pilihan raya Sarawak semalam dan menganggap kekalahan DAP disebabkan populariti Adenan.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata kegagalan DAP mengekalkan lima kerusi daripada 12 kerusi sebelumnya ialah disebabkan populariti Tan Sri Adenan atas sifat peribadi.

Beliau berkata Adenan dapat mewujudkan penampilan semula dalam dirinya dan mencorakkan hala tuju atau model politik yang baharu untuk mengembalikan populariti dan sokongan kepada BN sejak pilihan raya umum 2008.

"Populariti peribadi Adnan mengatasi apa-apa ketidaktengangan berhubung dengan larangan ke atas para pemimpin pembangkang dari Semenanjung daripada memasuki Sarawak," kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari Ahad.

Beliau berharap Adenan dapat memenuhi janjinya untuk Sarawak menikmati kemakmuran dan berlaku adil kepada semua tanpa mengira kaum dan agama, mengembalikan hak ekonomi dan penurunan kuasa politik yang menghormati hak, maruah dan martabat rakyat Sarawak.

Lim berkata parti itu akan menjalankan "post-mortem" dan menunggu laporan penuh daripada pengerusi DAP Sarawak Chong Chien Jen mengenai kekalahannya termasuk kegagalan meraih kejayaan apabila bertanding di kawasan suku kaum Dayak di luar bandar.

Bagaimanapun, beliau berkata ada petunjuk-petunjuk positif di beberapa kawasan kaum Dayak apabila calon DAP meraih sebahagian undi.

"Oleh kerana politik ialah perjuangan jangka panjang, pemimpin kita harus meneruskan usaha di kawasan-kawasan tersebut di bawah program Impian Sarawak serta memenangi semula kerusi yang hilang.

"DAP akan terus bekerjasama dengan sekutunya dalam Pakatan Harapan, PKR dan Amanah. Kami perlu menebus kekecewaaan di kalangan penyokong kami, bukan hanya sebagai parti politik tetapi juga sebagai Pakatan Harapan," kata beliau.

Beliau berkata jentera dalaman Pakatan Harapan perlu diperkukuhkan supaya persetujuan yang dicapai harus dihormati dan dikekalkan.

DAP hanya memenangi tujuh daripada 31 kerusi yang ditandingnya pada pilihan raya negeri Sarawak semalam sementara BN memenangi 72 kerusi dan PKR mengekalkan ketiga-tiga kerusinya.

-- BERNAMA
   
   

 
 

 
 
 

 
 
     
 

MIRI -- Calon BN N73 Piasau, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew menerima ucapan tahniah daripada lawannya calon DAP, Alan Ling Sie Keong selepas memenangi kerusi itu pada Pilihanraya Negeri Sarawak ke-11. Beliau menang dengan majoriti 2,112 undi.

 
     
 

 
 
     
 

 
© 2019 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution