KOTA BHARU -- Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (dua, kiri) bersama dengan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA, Sharifah Hashim (dua, kanan) memasak bubur lambuk ketika melawat Pasar Ramadan di Stadium Sultan Muhammad IV.


KUALA LUMPUR -- BANTU BAPA ... Anak mithali, Mohd Haziq, 12, membantu bapanya membuat putu mayam di Pasar Ramadan Rumah Pangsa PKNS Jalan Kuching di sini, hari ini. Menurut bapanya, Ashaari Salleh, Haziq ialah anak tunggalnya yang ringan tulang dan ingin mencuba membuat putu setelah melihat ayahnya di gerai sejak setahun lalu.


KUALA LUMPUR -- Pengerusi NADI Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique bersama isterinya Datin Seri Nooriah Ana Razak yang juga Pengerusi Yayasan Amal Wangsa menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan kurang berkemampuan pada majlis Rahmat Ramadan Bersama Pengerusi NADI di Wisma Felcra.


KUANTAN -- Harlini Fazleen Razali, 26, (kanan) bersama suami, Sheikh Mohd Shahrin Sheikh Ibrahim, 28, (kiri) dan ahli keluarga yang lain bertungkus-lumus menyiapkan tempahan kuih raya yang diterima sejak awal Ramadan semasa tinjauan fotoBERNAMA di kediaman mereka di Taman Seri Inderapura di sini, hari ini. Meskipun terpaksa bersengkang mata hingga ke subuh setiap hari sejak seminggu lalu bagi menyiapkan kesemua tempahan namun ia amat berbaloi kerana keuntungannya diperolehi berlipat kali ganda.


KUALA LUMPUR -- Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique (empat kanan) bersama isteri Datin Seri Noriah Anna Razak (lima kanan) mengacau dodol sempena program "Jom Bersama Kacau Dodol" sempena Aidilfitri di Pusat Komoniti Rukun Tertangga, Keramat Wangsa 1A .


 

Demi Roti John Titiwangsa, Pelanggan Sanggup Tunggu Lama

Oleh Voon Miaw Ping

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Sebuah gerai 'roti john' di Bazar Ramadan Datuk Keramat di sini, bukan saja laris tetapi juga semakin popular pada kalangan pengunjung bazar.

Sekalipun bersaing dengan empat lagi gerai yang menjual juadah serupa, Roti John Titiwangsa yang dikendalikan Mohd Amri Osman jelas tidak menghadapi masalah pelanggan yang sanggup berbaris panjang.

Roti john yang merupakan roti sandwic telur dadar dengan daging cincang menjadi hidangan ringan yang semakin digemari rakyat negara ini.

Tinjauan Bernama di bazar itu mendapati walaupun waktu berbuka tidak sampai setengah jam, barisan pelanggan di gerai Amri masih panjang dan masing-masing sabar menunggu giliran.

Kebanyakan mereka sudah biasa membeli roti john di gerai itu, namun pelanggan baru juga kian bertambah hasil cerita dari mulut ke mulut.

Seorang pelanggan, Siti Habsah Amdan, 46, berkata walaupun terpaksa menunggu lama, namun ia berbaloi.

"Ini kali kedua saya beli sendiri, saya tak tahu terpaksa tunggu begini lama, tapi saya tidak kisah. Selalunya suami saya yang datang membeli. Saya cadangkan saudari tambah keju," katanya.

Pelanggan baru, Mohd Hakimi Md Yaakob yang telah berbaris selama 30 minit berkata beliau mendengar tentang populariti Roti John Titiwangsa sejak awal Ramadan ini.

"Saya selalu nampak barisan pelanggan yang panjang di gerai ini, jadi sudah tentu sedap," katanya.

Roti john di gerai Amri dijual pada harga antara RM3.80 dan RM5.

Sementara itu, Amri, 38, yang telah berniaga roti john sejak 10 tahun lepas, berkata beliau mempelajari cara menyediakan juadah berkenaan daripada seorang kawan dan kemudian memperbaiki resepi tersebut.

Ada empat jenis roti john yang disediakan iaitu ayam, daging, tuna dan 'Special', katanya.

"Pada hari-hari biasa saya berniaga berhampiran masjid Datuk Keramat. Pada bulan Ramadan kami pindah ke sini dan perniagaan dibuka dari pukul 3 petang.

"Nampaknya semakin hari semakin ramai pelanggan yang datang. Baguslah," kata Amri sambil tangannya lincah menyediakan permintaan pelanggan.

-- BERNAMA

 
 

 
 

 

 
 

Ingin menghantar ucapan sempena Ramadan / Aidilfitri? Sila klik di sini.

  Anda ada resepi untuk dikongsi? Sila e-mel kami  
         
 

ALI MOHAMED
Asal dari: Perak
Ditujukan kpd: Semua

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.

 
  • Fruit Trifle
  • Kerabu Ayam
  • Masak Lemak Cili Api Tempoyak Udang
  • Talam Berlauk
  • Kuih Ketayap
  • Tok Aji Serban
  • Nasi Goreng Kicap Udang
  • Ayam Bakar Berempah
 
 

 

 
 

 

     
 
 
 

© 1432H/2011M BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian.
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel