Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur dan Putrajaya
Imsak: am
Berbuka: pm
Selangor
Zon 1: Gombak, Petaling/Shah Alam, Hulu Selangor, Hulu Langat dan Sepang
Imsak: am
Berbuka: pm
Zon 2: Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam
Imsak: am
Berbuka: pm
Untuk waktu berbuka & imsak negeri-negeri lain, sila klik di sini.

Waktu Operasi Kaunter Jabatan Pendaftaran Negara Diubah Sepanjang Ramadan

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Operasi di kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu akan ditutup selama tiga hari bermula esok sempena Hari Keputeraan Sultan Terengganu serta bagi meraikan kejayaan negeri itu menjuarai kejohanan Sukan Malaysia (Sukma).

Menurut kenyataan JPN pada Khamis, kaunter di Melaka dan Johor pula akan ditutup dua hari bermula Sabtu ini sempena awal Ramadan.

Menurut kenyataan itu lagi sepanjang bulan Ramadan waktu operasi kaunter JPN di seluruh negara akan diubah.

Bagi ibu pejabat JPN di Putrajaya dan negeri-negeri lain kecuali Kedah, Kelantan dan Terengganu, waktu operasi kaunter ialah dari 7.30 pagi hingga 5 petang setiap Isnin hingga Jumaat dan dari 9 pagi hingga 2 petang pada Sabtu dan Ahad.

Bagi Kelantan dan Terengganu, waktu operasi kaunter pada Ahad hingga Rabu ialah 7.30 pagi hingga 5 petang, pada Khamis dari 7.30 pagi hingga 3.30 petang, pada Jumaat dari 9 pagi hingga 12 tengah hari dan pada Sabtu dari 9 pagi hingga 2 petang.

-- BERNAMA