Carian
  • English Version
  • |
  • Kembali ke BERNAMA.com
  • |

Jalan Stesen Sentral 2 Ditutup Selama Beberapa Jam Sabtu Dan Ahad

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Jalan Stesen Sentral 2 di sini akan ditutup dari pukul 8 pagi hingga 7 petang Sabtu, dan dari pukul 8 pagi hingga 1 petang pada hari Ahad, untuk memberi laluan kepada kerja-kerj pembinaan di Lot E, (KL Sentral Park).


Dana Skim Jaminan Rumah Dijangka Jamin Hak Pengguna, REDHA

KOTA BAHARU, 12 Mac (Bernama) -- Hak pengguna di negara ini bakal terjamin apabila pemaju gagal menyiapkan rumah yang dibeli sekiranya kerajaan bersetuju meluluskan Dana Skim Jaminan Rumah Disiap (SJRD) seperti yang disyorkan Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Malaysia (REDHA).


Tiga Lagi Permohonan Tubuh Bank Koperasi

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Tiga pihak lagi dijangka memohon untuk menubuhkan bank koperasi, yang termasuk Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa), kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Jumaat.


GST Mungkin Beri Impak Positif Pada Perniagaan, Kerajaan Dan Pengguna

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mungkin akan memberi impak positif pada perniagaan, kerajaan dan pengguna, kata seorang perunding kanan cukai.


Hospital Tuanku Fauziah Dinaik Taraf

KANGAR, 12 Mac (Bernama) -- Hospital Tuanku Fauziah sedang dinaik taraf mulai awal tahun ini dengan kos melebihi RM180 juta, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.


KDN Kenal Pasti 2,500 Pelajar Tanpa Dokumen Pengenalan Di Sarawak

KUCHING, 12 Mac (Bernama) -- Lebih 2,500 pelajar sekolah rendah dan menengah di Sarawak masih belum mempunyai sijil kelahiran serta Mykad dengan majoriti daripadanya dikenal pasti berada di Miri di utara Sarawak, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Jelaing Mersat.


Tribunal Hakcipta Akan Diaktif Semula, Kata Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 11 Mac (Bernama) -- Tribunal Hakcipta, yang dimansuhkan pada 2003 akan diaktifkan semula dalam masa terdekat bagi memberi ruang kepada golongan artis dan karyawan muzik membuat aduan mengenai isu hakcipta termasuk soal royalti.


Mastercard Kukuhkan Penyerahan Bagi Pelanggan Serantau

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Dalam usaha mengukuhkan penyampaian kepada para pelanggan serantau, MasterCard Worldwide mengumumkan dua pelantikan bagi Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika.


MITI Mahu Produk Halal IKS Tempatan Kuasai Pasaran Timur Tengah Dan Asia Barat

PASIR PUTEH, 11 Mac (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan berusaha membantu produk halal keluaran Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan menguasai pasaran Asia Barat dan Timur Tengah dalam tempoh terdekat.


Tarif Air Wajar Berasaskan Kualiti Kata WECAM

PETALING JAYA, 11 Mac (Bernama) -- Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) pada Khamis menggesa syarikat pembekal air agar menstrukturkan tarif masing-masing berasaskan kualiti air yang dibekal.


[1] 2 3 4 ........ 14