Carian
  • English Version
  • |
  • Kembali ke BERNAMA.com
  • |

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan badan berkanun yang mengawal selia syarikat dan perniagaan. SSM yang mula beroperasi pada 16 April 2002, merupakan badan berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia.

Aktiviti utama SSM adalah sebagai sebuah agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan di samping membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan kepada awam. Sebagai peneraju utama ke arah peningkatan tahap tadbirurus korporat, SSM melaksanakan fungsinya dengan mengawalselia pematuhan perundangan korporat dan pendaftaran perniagaan melalui aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang komprehensif bagi memastikan perkembangan positif sektor korporat dan perniagaan.

Antara produk dan perkhidmatan SSM ialah;

1) Bekalan Maklumat
a) Maklumat syarikat
b) Maklumat perniagaan

2) Data Informasi Korporat
Melalui perkhidmatan ini, SSM menawarkan senarai dan statistik syarikat dan perniagaan mengikut pecahan sektor/industri dan lokasi secara pukal.

3) Direktori Korporat
Direktori korporat merupakan senarai syarikat mengikut pilihan/kategori tertentu yang mengandungi maklumat asas syarikat berkenaan. Senarai ini dibekalkan melalui CD dan harganya ditetapkan mengikut jumlah muka surat. Harga asas ialah RM 100.00 bagi 50 mukasurat pertama serta fi tambahan RM 2.00 bagi setiap mukasurat berikutnya.

4) Sijil Memperingati Pemerbadanan syarikat/ Perniagaan
Sijil ini diperkenalkan bertujuan untuk menjadikan pemerbadanan sesebuah syarikat suatu peristiwa yang bermakna dan wajar diingati oleh pengarah dan pekerja syarikat. Ia mencatatkan tarikh penubuhan sesebuah syarikat di mana bermulanya cabaran dan peluang-peluang yang dapat memacu kejayaan syarikat sehingga kini. Kecemerlangan yang dicapai memberi keyakinan kepada pelanggan untuk berurusan dengan syarikat yang terunggul.

5) Produk e-info SSM
Perkhidmatan yang membenarkan orang ramai mendapatkan profil syarikat seperti nombor syarikat, nombor pendaftaran syarikat, check digit, nama lama dan tarikh perubahan nama,status, ringkasan penyata kewangan, nama pengarah dan lain-lain maklumat asas. Selain itu juga, orang ramai boleh juga mendapatkan maklumat perniagaan seperti nama perniagaan, nombor pendaftaran dan 'check digit', jenis milikan: milik tunggal/ perkongsian, alamat perniagaan,tarikh mula berniaga, tarikh tamat pendaftaran dan lain-lain maklumat asas.

6) SSM Enquiries
E-mail : enquiry@ssm.com.my
Hotline : 03-40476111 / 6222
Isnin - Jumaat : 8.15 pagi - 8.15 malam
Sabtu - Ahad : 8.15 pagi - 5.15 malam

Laman Web: http://www.ssm.com.my

Perbadanan Harta Intelek atau lebih dikenali sebagai MyIPO adalah sebuah badan berkanun yang diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.Peranan perbadanan ini adalah untuk melindungi hak harta intelek di Malaysia yang merangkumi enam bahagian iaitu Paten, Cap Dagangan, Hakcipta, Reka Bentuk Perindustrian, Petunjuk Geografi dan Reka Bentuk susun atur litar bersepadu.

a) Paten- Paten merujuk kepada hak eksklusif terhadap sesuatu ciptaan baru yang boleh digunakan dalam industri, proses penghasilan, ataupun penyelesaian teknikal terhadap sesuatu masalah.

b) Reka bentuk- Reka bentuk perindustrian melindungi hak pereka cipta terhadap aspek atau hiasan atau estetik sesuatu barang.

c) Cap dagangan pula membolehkan peniaga membezakan barangan dan perkhidmatan daripada seorang peniaga dengan peniaga-peniaga lain

d) Petunjuk geografi pula bertujuan untuk mengenalpasti dari mana sesuatu barangan berasal

e) Hak Cipta- Adalah hak ekslusif yang diberikan kepada pemilik karya yang berhakcipta bagi sesuatu tempoh yang ditetapkan.

Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu- Susunan tiga dimensi unsur-unsur sesuatu litar bersepadu dan sebahagian atu semua saling berhubungan litar bersepadu itu atau susunan tiga dimensi sedemikian yang disediakan bagi sesuatu litar bersepadu yang dimaksudkan untuk dikilang.

Laman Web: http://www.myipo.gov.my

FOMCA adalah sebuah pertubuhan sukarela, tidak mementingkan keuntungan, bukan politik dan pertubuhan sivik. Ia menjadi payung bagi persatuan pengguna gabungannya. FOMCA bekerja rapat dengan kerajaan dan badan bukan kerajaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam memberikan maklumat, pendidikan dan perlindungan pengguna. Antara peranan penting FOMCA adalah bertindak sebagai sebuah badan yang memberi dan menyebarkan maklumat, memberi pendidikan kepada semua pengguna, memberi perlindungan kepada pengguna, menyiasat, membuat kajian dan ujian untuk memperolehi maklumat yang benar.

Laman Web: http://www.fomca.org.my

Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional ditubuhkan pada 13 Julai 2004. Antara tugas badan ini adalah menerima dan merekodkan aduan, memberikan khidmat nasihat, membantu menyalurkan aduan kepada pihak yang bersesuaian seperti agensi kerajaan, pengeluar, pengedar atau penjual, menjalankan perundingan antara pihak pengadu dengan pihak dituntut, membuat analisa dan penilaian terhadap aduan yang diterima, menyalurkan maklumat analisa dan penilaian kepada pihak kerajaan dan umum.

Laman Web: http://www.nccc.org.my/

Perbadanan Nasional Berhad (PNS), sebelumnya dikenali sebagai PERNAS, telah ditubuhkan pada 29 November 1969.

Pada bulan September 1996, PERNAS diswastakan melalui pembelian semula oleh pengurusan (MBO) yang menyaksikan beberapa aset terpilih diambil alih oleh Pernas International Holdings Berhad. Hasilnya, akronim baru diperkenalkan iaitu PNS.

PNS mengendalikan kegiatan perniagaan baharu dengan modal dibenarkan sekitar RM1 bilion dan modal berbayar berjumlah RM751 juta.
Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) merupakan pemegang terbesar sahamnya.
Berbekalkan pengalaman bertahun-tahun dan sumber yang luas, PNS menjadi penggerak dalam mengembangkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (BCIC).

Menyedari peri pentingnya mencapai hasrat itu, pelbagai strategi telah dirancang dan dilaksanakan.
Selain menyediakan sumber, PNS bertekad menambah nilai usahawan Bumiputera dari segi profesionalisme, ketajaman niaga dan etika serta disiplin dalam menjalankan perniagaan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Perbadanan Nasional Berhad
Level 9B, Menara Dato' Onn
PWTC, 45 Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-2698 6670
Fax: 03- 2698 6617
Laman web: www.pns.com.my

Jabatan Kemajuan Kerjasama (JKK) telah diwujudkan dalam bulan Julai 1922 untuk menubuh, mendaftar dan membangunkan Syarikat Bekerjasama-sama di bawah Enakmen Syarikat Bekerjasama-sama (The Co-operative Societies Enactment [FMS Cap 97 of 1922]).

Pejabat Pesuruhjaya Kemajuan Syarikat Bekerjasama-sama, Ibu Pejabat Jabatan Kemajuan Kerjasama ketika itu bertempat di Taiping, kemudian berpindah ke Kuala Lumpur dalam tahun 1924.

Nama Jabatan Kemajuan Kerjasama telah diubah kepada Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) pada akhir tahun tujuh puluhan. Enakmen Tahun 1922 itu telah dimansuh dan digantikan dengan Akta Koperasi 1948 (disemak 1983).

Akta Koperasi 1993 (Act 502) telah digubal bagi menyatukan undang-undang koperasi di seluruh Malaysia dan mula berkuatkuasa pada 22 Januari 1994.

Pada 1 Januari 2008, Jabatan Pembangunan Koperasi telah ditransformasikan menjadi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Penubuhan SKM bagi menggantikan JPK bertujuan melahirkan sebuah gerakan koperasi yang lebih berwibawa dengan kuasa dan peranan yang lebih luas, fleksibel, mampu membuat keputusan dengan cepat serta mempunyai kakitangan yang mahir dalam pengurusan dana, pelaburan, perancangan strategik dan pengurusan kewangan.

Penggubalan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bertujuan menggalakkan lebih ramai rakyat menyertai koperasi dan menerima manfaat kewujudannya selain memastikan semua koperasi memenuhi fungsi untuk mengembangkan masyarakat perdagangan dan industri Bumiputera.

Penggubalan dan pindaan semua akta berkaitan juga memberi kuasa kepada SKM untuk memastikan kepentingan ahli koperasi serta pengagihan keuntungan dilakukan secara adil.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Tingkat 5-7, Blok J
Pusat Bandar Damansara
50608 Kuala Lumpur
Tel: (03) 2081 2400
Faks: (03)2093 5026
Laman web: www.skm.gov.my

Maktab Kerjasama Malaysia (MKM) merupakan satu-satunya institusi pendidikan koperasi di negara ini.

MKM telah ditubuhkan pada tahun 1956 dan diperbadankan sebagai sebuah badan berkanun melalui penguatkuasaan Akta Parlimen pada tahun 1968. Melalui akta tersebut MKM telah diberi tanggungjawab sebagai sebuah institusi yang menyediakan latihan dan pendidikan koperasi untuk gerakan koperasi di negara ini.

Sebelum ini MKM merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Mulai Jun 2009 berikutan penyusunan semula kabinet negara, agensi ini berada pula di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Sebahagian besar perbelanjaan pentadbiran MKM dibiayai oleh Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi yang menerima caruman daripada koperasi-koperasi di negara ini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Maktab Kerjasama Malaysia
103 Jalan Templer
46700 Petaling Jaya
Tel: (03) 7964 9000 / 7957 0434
Laman web: www.mkm.edu.my
E-mel: mkm@mkm.edu.my