Laman Utama  I  Senarai Berita  I  Kembali Ke BERNAMA.com  I  facebook  I  twitter  English Version

 
 
 
 

Yang Di-pertuan Agong Berangkat Ke Mesyuarat Majlis Raja-raja Ke-245


KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini berkenan hadir Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-245, di Istana Negara di sini hari ini.

Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mesyuarat dua hari itu yang bermula semalam, dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dengan dihadiri semua Raja Melayu termasuk Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Pemangku Raja Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra.

Kedah dan Johor, masing-masing diwakili Raja Muda Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah dan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Pada mesyuarat itu, Raja-Raja Melayu diiringi menteri besar masing-masing.

Semua Yang Dipertua Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah turut hadir pada mesyuarat itu dengan diiringi ketua menteri masing-masing.

-- BERNAMA