muat turun poster
- format pdf

 

muat turun borang penyertaan -
format pdf
 
 
     
 

PERTANDINGAN FOTOGRAFI MERDEKA BERNAMA

 
     
 
  TEMA : SEHATI SEJIWA
TEMPOH PERTANDINGAN : 17 OGOS 2015 – 30 SEPTEMBER 2015
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
 
     
 
  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia kecuali kepada kakitangan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) dan kakitangan anak syarikat BERNAMA, BESSAR, BERNAMA TV dan BERNAMA Radio24.
     
  2. Terbahagi kepada 2 kategori :
    a - Kategori Umur 18 tahun dan ke atas
    b - Kategori Umur di bawah 18 tahun
     
  3. Peserta boleh menggunakan Kamera Digital Lensa Refleks (DSLR) atau Digital Kompak dengan saiz fail gambar mestilah minimum 2MB sehingga maksimum 8MB setiap keping.
     
  4. Penyertaan menggunakan kamera telefon bimbit tidak diterima.
     
  5. Saiz gambar bercetak (print) adalah 8” X 10” atau 8” X 12” tanpa bingkai. (Setiap foto yang dihantar hendaklah yang belum pernah menyertai mana-mana pertandingan atau pameran fotografi.
     
  6. Pihak penganjur berhak mencetak dan menerbitkan mana-mana foto yang dipertandingkan bagi tujuan publisiti dan promosi. Semua foto bagi tujuan penyertaan menjadi hak milik BERNAMA.
     
  7. Sila pastikan foto yang dihantar tidak pernah dipertandingkan atau digunakan dalam apa jua bentuk cetakan.
     
  8. Gambar digital ‘super-imposed’ tidak akan diterima. Gambar komposit, gambar helah atau gambar manipulasi juga tidak akan diterima.
     
  9. Gambar yang dihantar (print) hendaklah disertakan dengan CD dalam format JPEG sahaja yang mengandungi imej digital asal.
     
  10. Penyertaan hendaklah disertakan dengan borang penyertaan.
     
  11. Borang penyertaan hendaklah dilekatkan di belakang gambar bersama-sama dengan maklumat ringkas mengenai kandungan foto (kapsyen).
     
  12. Kapsyen mesti ditulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
     
  13. Kapsyen mesti tidak melebihi 60 patah perkataan.
     
  14. Penyertaan tanpa kapsyen tidak akan diterima.
     
  15. Tarikh tutup untuk semua penyertaan adalah pada hari Rabu, 30 September 2015 jam 3.00 petang.
     
  16. Penyertaan adalah secara individu.
     
  17. Setiap peserta dibenarkan menghantar sebanyak 3 penyertaan sahaja.
     
  18. Keputusan panel hakim adalah muktamad.
     

ASPEK YANG DINILAI
Ketetapan tema
Kreativiti dan nilai estetika
Keaslian dan keunikan
Kualiti foto dan teknik penggambaraan

 
     
     
 
 
 
  © 2015 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel