Recommend Us | About Us | Back to Bernama.com

News | Financial Calculator | Home Financing | Archived News |

 

  Welcome to Bernama Banking & Finance Special Page     
 
Banjir Semakin Buruk Di Selatan Thai, Pilihanraya Ikut Jadual

NARATHIWAT, 18 Dis (Bernama) -- Keadaan banjir semakin buruk di selatan Thailand telah menjejaskan ratusan kampung sehingga menyebabkan lebih 150 buah sekolah ditutup di Yala dan Narathiwat serta banyak jalan dan jambatan mengalami kerosakan teruk.

Walaupun begitu, Perdana Menteri Surayud Chulanont berkata di Bangkok hari ini bahawa pilihan raya umum 23 Disember ini akan tetap diadakan mengikut jadual di semua kawasan yang dilanda banjir.

Di wilayah Narathiwat, dua orang mati lemas akibat banjir di 13 buah daerah dengan lebih 33,7000 orang terjejas manakala 909 orang dipindahkan ke pusat penempatan banjir.

Antara kawasan yang terjejas teruk ialah Sungai Golok, Sungai Padi dan daerah Weng bersempadan dengan Malaysia di mana 87 buah sekolah ditutup.

Tahap air juga naik ke paras bahaya di wilayah Yala, menyebabkan 72 buah sekolah ditutup manakala daerah Saiburi, Muang dan Kapo di Pattani juga turut terjejas.

Banjir juga turut menjejaskan kempen pilihan raya bagi 12 kerusi di tiga wilayah berkenaan.

Calon parti Puea Pandin, Dr Wan Mahdee Wan Daud berkata sebanyak 482 buah kampung di kawasan pilihan rayanya di Narathiwat dinaiki air, sekaligus menyukarkan kempen meraih undi.

"Saya abiskan tujuh jam dalam hujan semalam. Saya tidak mampu menunggu untuk hujan berhenti kerana kami hanya mempunyai masa lima hingga enam hari lagi," kata bekas senator itu.

Katanya banyak jalan ditutup dan ini menjejaskan jadual kempen.

Anggota Parlimen selama empat penggal dari parti Demokrat, Wan Suhaimee Wan Hasan berkata calon-calon kini melawat pusat penempatan sementara dan kawasan tinggi untuk bertemu dengan pengundi.

"Kami menggunakan apa juga cara untuk menemui pengundi dan juga membantu mereka yang memerlukan bantuan. Harap, keadaan banjir akan reda dalam beberapa hari lagi," katanya.

-- BERNAMA

 <Back>

Bank Islam Bags Three Awards At International Banker's Annual Awards Event
Hong Leong Bank, Hong Leong Islamic Raise Lending Rates

 
Malaysian Banks Issue RM3.25 Billion Ringgit-denominated Sukuk

 

Malaysian Takaful Association Companies To Expedite Claims Payment For MH17
Takaful Ikhlas Allocates RM45,000 For Social Programmes In Conjunction With Aidilfitri

 
Etiqa Takaful's Mabrur Named Product Of The Year

CLOSING, FRIDAY, JULY 25
US 3.1730/1760
S'pore 2.5560/5586
100 Yen 3.1126/1168
Sterling 5.3836/3894
Euro 4.2661/2711
Source: Bank Negara Malaysia

Starting April the banks have imposed a 50 sen processing fee on top of the 15 sen stamp duty on each cheque. The fee also applies to those applying for a Bankerís Cheque, Bank Draft and Cashierís Order. Do you think this additional charge is justified?
 

 
  Main | News | Insurance

© 2014 BERNAMA. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy| Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 8.0 & Internet Explorer 8.0 with 1024 x 768 resolution