bajet 2018

 

Laman Utama  |  Senarai Berita   English Version  | Kembali ke BERNAMA.com  |  Facebook  |  Twitter


 
 

#LAPORAN: E&E, Farmaseutikal, Aeroangkasa Dan ICT Pemangkin Peningkatan Eskport

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Malaysia telah mengenal pasti empat subsector pemangkin eksport negara, iaitu elektrik dan elektronik (E&E), farmaseutikal, aeroangkasa dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) termasuk kandungan kreatif.

Menurut Laporan Ekonomi 2017/18, yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, permintaan global bagi produk E&E adalah tinggi dengan nilai import global mempunyai kadar pertumbuhan tahunan terkumpul sebanyak 1.4 peratus antara 2012 dan 2016, manakala di Asia, pertumbuhannya lebih tinggi pada 3.5 peratus.

Subsektor E&E, yang menyumbang sebahagian besar eksport Malaysia pada 36.6 peratus pada 2016, mendapat manfaat daripada permintaan global untuk Internet of Things seperti peranti mudah alih, peranti storan, optoelektronik dan teknologi terbenam.

"Melangkah ke hadapan, usaha akan dipertingkatkan untuk terus memajukan subsektor E&E, terutamanya dalam segmen bernilai tinggi seperti integrasi sistem, penstoran tenaga berteknologi tinggi, kenderaan elektrik dan data raya," katanya.

Sementara itu, menurut laporan itu, subsektor farmaseutikal menawarkan peluang yang luas kepada pengeluar tempatan dan penting bagi mereka mewujudkan kerjasama strategik, serta meningkatkan keupayaan penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi untuk mempelbagaikan penawaran produk dan memperluaskan akses pasaran luar.

Malaysia, yang menrima banyak pengiktirafandalam farmaseutikal halal, adalah pengeksport ke-14 terbesar produk farmaseutikal ke Asia berjumlah US$ 174 juta pada 2016.

Mengenai ICT pula, laporan itu menyatakan pengeksport ICT Malaysia telah mencapai keupayaan dan momentum, dengan Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia mencatatkan pertumbuhan eksport sebanyak 13.5 peratus sepanjang tempoh 2012 dan 2016. Daripada jumlah ini, kandungan kreatif dan teknologi adalah segmen yang paling cepat berkembang sebanyak 26.3 peratus.

"Peningkatan penggunaan perkhidmatan pengkomputeran mudah alih dijangka merancakkan permintaan bagi aplikasi kandungan baharu dan yang ditambah baik, menyediakan pelbagai peluang bagi pereka, jurutera dan pengeluar kandungan tempatan untuk meningkatkan lagi eksport kandungan kreatif," katanya.

Dalam industri aeroangkasa, kementerian itu berkata adalah penting untuk terus membangunkan ekosistem aeroangkasa Malaysia ke arah meningkatkan eksport, di mana antara tahun 2012 dan 2016, eksport alatan dan komponen pesawat negara meningkat 15.9 peratus kepada RM5.5 bilion.

Pelan Tindakan Industri Aeroangkasa Malaysia telah menetapkan sasaran baharu bagi Malaysia untuk menjadi hab serantau aeroangkasa menjelang 2030, serta menjana pendapatan tahunan sebanyak RM55.2 bilion dan mewujudkan lebih 32,000 pekerjaan berpendapatan tinggi.

"Pengenalpastian bidang pertumbuhan tinggi yang strategik adalah kritikal bagi memastikan sumber negara bertumpu kepada sektor yang menghasilkan pendapatan eksport yang tinggi, dan dalam hal ini, pengeksport Malaysia perlu aktif dalam kegiatan bernilai tambah tinggi untuk kekal relevan dan kompetitif.

"Bagi melengkapi usaha ini, kerajaan akan terus menyokong ekosistem permagaan melalui pelbagai program dan inisiatif demi pertumbuhan ekonomi negara," katanya.

-- BERNAMA


 
 
Bajet 2018 : PM Beri Perhatian Tinggi Buat Sabah, Sarawak
   
#BAJET: Intipati Bajet 2018
   
Inti Pati Laporan Ekonomi 2017/2018
   
PVATTBM Harap PM Ambil Kira 'Blueprint Veteran 1Malaysia'
   

 

 
 


 

 
 
 
 

 

2017 BERNAMA. Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi| Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel