bajet 2018

 

Laman Utama  |  Senarai Berita   English Version  | Kembali ke BERNAMA.com  |  Facebook  |  Twitter


 
 
100 NGO Islam Serah Memorandum Sokong Bajet 2018 Kepada Najib

PUTRAJAYA, 3 Nov (Bernama) --Hampir 100 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai tanda sokongan kepada Bajet 2018 yang dibentangkan, Jumaat lepas.

Presiden Gabungan Pelajar Semenanjung, Zambri Mohd Isa, yang mewakili kumpulan NGO tersebutmenyerahkanmemorandumberkenaankepadaNajibyang juga MenteriKewangan di Bangunan Perdana Putradi sini hari ini.

Bercakap kepada media selepas penyerahan memorandum itu, Zambri berkata sokongan yang dizahirkan kesemua NGO tersebut adalah kerana bajet tersebut dilihat begitu dekat kepada rakyat terutamanya orang Melayu dan Islam.

"Kita tidak melihat pengumuman bajet itu sebagai satu bajet pilihan raya tetapi merupakan bajet untuk masa depan selaras dengan Transformasi Nasional 2050," katanya.

Beliau berkata antara kandungan memorandum tersebutadalah mengenai sokongan terhadap kandungan Bajet 2018 dalam meningkatkan syiar Islam dan usaha mentransformasikan Bumiputera.

"Ini antara lain saluran bantuan yang diteruskan kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara),imam dan bilal serta pendekatan tambahan yang diberikan kepada orang Islam," katanya.

-- BERNAMA






 
 
Bajet 2018 : PM Beri Perhatian Tinggi Buat Sabah, Sarawak
   
#BAJET: Intipati Bajet 2018
   
Inti Pati Laporan Ekonomi 2017/2018
   
PVATTBM Harap PM Ambil Kira 'Blueprint Veteran 1Malaysia'
   

 

 
 


 

 
 
 
 

 

2017 BERNAMA. Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi| Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel