bajet 2018

 

Laman Utama  |  Senarai Berita   English Version  | Kembali ke BERNAMA.com  |  Facebook  |  Twitter


 
 
Hasil Kerajaan Dijangka Susut RM1.3 Bilion Dengan Pengurangan Cukai Pendapatan Individu

KUALA LUMPUR, 2 Nov(Bernama) -- Pengurangan 2.0 mataperatusandalam kadarcukai pendapatan individudalam Bajet 2018 yang dibentangkanJumaat lepas akan mengurangkan kutipan hasil cukai kerajaan sebanyak RM1.3 bilion,kataMenteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Bagaimanapun beliau yakin ekonomi negara akanterusdirangsang menerusi perbelanjaan kerajaan yang dirancang.

"Kami (kerajaan) yakin pertumbuhan ekonomi negara dapat dikekalkan. Agensi penarafan, Tabung Kewangan Antarabangsa sertaBank Dunia masih memberikan unjuran positif dari segi pertumbuhan ekonomi untuk Malaysia dan juga global.

"Sebagai ekonomi terbuka, jika prospek global baik, maka ia baik untuk kita. Dan dari pertumbuhan ekonomi kita, kitadijangka dapat mengutip cukai (pendapatan) yang lebih tinggi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Seminar CukaiKebangsaan2017 yang dianjurkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di sini hari ini.

Semasa membentangkan Bajet 2018, Perdana MenteriDatukSeri Najib Tun Razak mengumumkanpengurangan cukai pendapatanitu untuk kumpulan pembayar cukaidengan pendapatanbercukai antara RM20,000 dan RM70,000.

Dalam pada itu, berkenaanpemansuhanempattol lebuh raya yang akanbermula 1 Jan, 2018, Johari berkata kerajaan akanmembayar pampasantahunan berjumlahkira-kira RM102 juta kepadaPLUS Malaysia Bhd (PLUS) bagi tolBatu Tiga and Sungai Rasau diSelangor dankira-kira RM8 juta bagitol BukitKayuHitamdi Kedah.

SementarabagiLebuhraya Penyuraian Timur (Eastern Dispersal Link)(EDL) diJohoryang dikendalikanolehMalaysian Resources Corporation Bhd, pampasandianggarkan sebanyak RM70 jutasetahun.

Ditanyasama ada kerajaanbercadang memansuhkan lagi tol-tolsedia ada di negara ini, Johariberkatakerajaanperluberhati-hati dalam membuat keputusan itu keranaharus mengambil kirakemampuan kerajaan.

"KalaukitatengokPLUS hari ini, ia (PLUS)mempunyailiabilitiberjumlahhampirRM30 bilionmelaluipembelian bon.

"Jadi kitatidak boleh sesuka hati mansuhkansemua tol yang ada kerana ia bolehmenjejaskanbanyak perbelanjaankerajaantermasukpendidikan, kesihatan awam, dan banyaklagi. Kita perlu seimbang," kataJohari.

Terdahulu, dalamucapannya, beliaumemintasupaya badanprofessional danpengamalpercukaianyang tidak jelas mengenai mana-manaundang-undangberkaitanpercukaianagar berjumpaterusdenganpihakLHDN.

"Ini penting keranasebagaipenasihatkepadapelangan-pelanganmereka dari segi pengiraan dan pembayaran cukai, sebarangsalahtafsirberhubungundang-undangpercukaianboleh menyebabkanpembayarancukai yang tidak betul,sekali gus mengakibatkanjumlah tunggakanataulebihan yang tidaksepatutnyakepadasyarikat-syarikat berkenaan," katanya.

--BERNAMA






 
 
Bajet 2018 : PM Beri Perhatian Tinggi Buat Sabah, Sarawak
   
#BAJET: Intipati Bajet 2018
   
Inti Pati Laporan Ekonomi 2017/2018
   
PVATTBM Harap PM Ambil Kira 'Blueprint Veteran 1Malaysia'
   

 

 
 


 

 
 
 
 

 

2017 BERNAMA. Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi| Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel