bajet 2018

 

Laman Utama  |  Senarai Berita   English Version  | Kembali ke BERNAMA.com  |  Facebook  |  Twitter


 
 
#Reaksi: Lebuhraya Central Spine Road Dijangka Siap 2019 - Adun Galas

GUA MUSANG, 30 Okt (Bernama) -- Pembinaan Lebuhraya Central Spine Road(CSR)dari Gua Musang, Kelantan ke Kampung Relong, Pahang dijangka siap pada 2019, kata Anggota Dewan Undangan NegeriGalas, Ab Aziz Yusof.

Beliau berkata jalan utama bagi pakej pertama itu menelan belanja RM130 juta sudah bemula awal tahun ini dari Merapoh, Pahang ke Kampung Mentara Lama di sini sejauh lima kilometer (km) yang dijangka siap pada Mac tahun depan.

"Kalau sebelum ini penduduk Gua Musang yang hendak ke Kuala Lumpur mengambil masa empat jam tetapi selepas siap jalan itu nanti ia boleh menjimatkan masa hanya kepada dua jam sahaja.

"Ini kerana jarak perjalanan dari bandar ini ke Merapoh dipendekkan kepada 20 km berbanding 27 km sebelum ini dan jalan baharu yang dibina itu juga adalah lurus," katanya kepada pemberita selepas meninjau pembinaan jalan baharu itu di Kampung Mentara Lama di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ab Aziz yang juga Naib Ketua UMNO bahagian Gua Musang berkata bagi pakej seterusnya membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM230 juta dari Kampung Mentara Lama ke Gua Musang sejauh 15 km akan dimulakan pada bila-bila masa dan dijangka siap pada 2019.

Beliau berkata jalan baharu itu bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah kesesakanpada musim perayaan malah dalam masa yang sama ia juga berperanan meningkatkan ekonomi penduduk kampung yang tinggal di kawasan berkenaan.

Katanya jalan baharu empat lorong itu memang sudah lama dinanti-nantikan penduduk kerana ia melengkapkan lagi kemajuan bandar Gua Musang yang semakin terkenal sebagai sebuah bandar transit ketika ini.

Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat mengumumkan peruntukan sebanyak RM230 juta bagimeneruskan pembinaanLebuhrayaCSRdengan jarak390 km yangmenghubungkan Pahang dan Kelantan.

Selain itu, perdana menteri turut mengumumkanperuntukanRM55 juta bagi subsidi pengangkutan luar bandar bermula dari Gua Musang ke Tumpat.

-- BERNAMA


 
 
Bajet 2018 : PM Beri Perhatian Tinggi Buat Sabah, Sarawak
   
#BAJET: Intipati Bajet 2018
   
Inti Pati Laporan Ekonomi 2017/2018
   
PVATTBM Harap PM Ambil Kira 'Blueprint Veteran 1Malaysia'
   

 

 
 


 

 
 
 
 

 

2017 BERNAMA. Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi| Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel