bajet 2018

 

Laman Utama  |  Senarai Berita   English Version  | Kembali ke BERNAMA.com  |  Facebook  |  Twitter


 
 
Bajet 2018 : PM Beri Perhatian Tinggi Buat Sabah, Sarawak


Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin- gambar Bernama
PAPAR, 29 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberikan perhatian yang tinggi kepada Sabah dan Sarawak dalam pembentangan Bajet 2018 pada Jumaat lepas.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata peruntukan bajet tersebut kepada dua negeri ini menunjukkan keprihatinan Najib dan ketekunannya dalam mendengar nadi rakyat.

"Rata-rata keluhan daripada rakyat tidak ada kerana tidak ada satu sektor pun yang tidak disentuh dalam bajet kali ini.

"Saya melihat bajet ini sebagai satu bajet inklusif yang merangkumi semua lapisan rakyat," katanya ketika ditemui Bernama pada majlis penutupan Program Tintec Agronomia di Kampung Seberang Benoni dekat sini malam tadi.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Papar berkata peruntukan RM1.1 bilion untuk pembangunan dan pembaikan kemudahan infrastruktur di Sabah mampu merancakkan lagi ekonomi negeri, sekali gus memperbaiki kehidupan rakyat.

"Selain infrastruktur, kita juga telah melihat satu peruntukan yang besar iaitu RM1 bilion untuk pembaikan sekolah-sekolah daif di Sabah dan RM1 bilion lagi untuk Sarawak kerana umum tahu sekolah daif di Sabah dan Sarawak sangat ketara," tambahnya.

Rosnah turut berterima kasih kepada Perdana Menteri atas pengiktirafannya kepada golongan wanita dalam bajet itu sebagai tanda menghargai sumbangan wanita kepada negara.

-- BERNAMA


 
 
#BAJET: Intipati Bajet 2018
   
Inti Pati Laporan Ekonomi 2017/2018
   
PVATTBM Harap PM Ambil Kira 'Blueprint Veteran 1Malaysia'
   
Ekonomi Digital Dijangka Dapat Sokongan Dalam Bajet 2018 - MDEC
   

 

 
 


 

 
 
 
 

 

2017 BERNAMA. Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi| Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0