bajet 2018

 

Laman Utama  |  Senarai Berita   English Version  | Kembali ke BERNAMA.com  |  Facebook  |  Twitter


 
 
Pembangunan Prasarana Internet Sabah, Sarawak Pemangkin Ekonomi Digital - Salleh


KOTA BELUD, 28 Okt (Bernama) -- Peruntukan RM1 bilion bagi membangunkan infrastruktur komunikasi dan kemudahan jalur lebar diSabah dan Sarawak seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2018 mampu memperkasakan lagi prasarana internet sekali gus menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi digital di kedua-dua negeri berkenaan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata pembangunan ekonomi digital di Sabah dan Sarawak amat memerlukanpeningkatan prasarana komunikasi dan jalur lebarbagi memastikan rakyat khususnyausahawan di kawasan luar bandar akan turut sama menikmati kemudahan internet lebih canggih pada masa akan datang.

"Peruntukan itu juga jelas membuktikan keprihatinan kerajaan dalam memastikan Sabah dan Sarawak meskipun jauh dari Kuala Lumpur akan dapat menikmati prasarana internet lebih baik menerusi pembangunan berkenaan," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan program Jamboree Kota Beludbersempena Pesta Tamu Besar 2017 di sini hari ini.

Hampir 500 peserta menyertai acara berbasikal dan larian pada program tersebut.

Mengulas lanjut, Salleh berkata peruntukan itu dilihat mampu merealisasikan sasaran ditetapkan kementerian yangantara lain memberi tumpuan untuk meningkatkanliputan internet di seluruh negara dengan memastikan lebih 90 peratus kawasan menikmati kemudahan itu pada 2020.

Salleh turut optimis usaha meningkatkan kelajuan internet dua kali ganda pada 2019 di seluruh negara juga mampu dicapai apabila Sabah dan Sarawak turut menikmati pembangunan infrastruktur komunikasi dan kemudahan jalur lebar berkenaan.

Beliau mengingatkan rakyat supaya tidak menyalahgunakan prasarana internetyang ditambah baik itu,sebaliknya memanfaatkan kemudahan itu untuk meningkatkan pendapatan.

Dalam perkembangan berkaitan, Salleh berkata usaha membangunkan infrastruktur komunikasi dan kemudahan jalur lebar itu jugaseiring dengan komitmen kerajaan untuk memperluas program eRezeki, eUsahawan dan eLadang bagi membantu rakyatmelonjakkan potensi dalam perniagaan.

Beliau berkata peruntukan RM100 juta yang akan disalurkan di bawah Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (Mdec) itu antara lain mampumemperkasa lagi pengetahuan ekonomi digital para usahawan menerusi beberapa latihan diberikan.

"Anak-anak muda Sabah yang berminat dalam bidang perniagaan online akan dapat dibantu, dan perkara ini memerlukan kemudahaninternet lebih baik, sekali gusmemastikan supaya kita tidak ketinggalan dalam pembangunan prasarana ini," katanya.

-- BERNAMA


 
 
Bajet 2018 : PM Beri Perhatian Tinggi Buat Sabah, Sarawak
   
#BAJET: Intipati Bajet 2018
   
Inti Pati Laporan Ekonomi 2017/2018
   
PVATTBM Harap PM Ambil Kira 'Blueprint Veteran 1Malaysia'
   

 

 
 


 

 
 
 
 

 

2017 BERNAMA. Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi| Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel