bajet 2018

 

Laman Utama  |  Senarai Berita   English Version  | Kembali ke BERNAMA.com  |  Facebook  |  Twitter


 
 
#BAJET: Intipati Bajet 2018

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Berikut ialah intipati Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat hari ini.

Bajet 2018 bertemakan Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50.

Bajet itu bertemakan lapan teras utama iaitu:

1. merancak pelaburan perdagangan dan industri

2. menuju Aspirasi TN50

3.mengungguli pembangunan pendidikan, latihan dan kemahiran serta bakat

4. memacu pembangunan inklusif

5. ​​​​​​​mengutamakan kesejahteraan rakyat dan peluang menjana pendapatan

​​​​​​​6. mempersiaga Revolusi Perindustrian Keempat dan ekonomi digital

7. meningkatkan kecekapan dan penyampaian GLC dan perkhidmatan awam ​​​​​​​8. mengimbangi Par Excellence Duniawi dan Par Excellence Ukhrawi.

*Bajet 2018 memperuntukkan RM280.25 bilion, menyaksikan pertambahan peruntukan berbanding RM260.8 bilion peruntukan Bajet 2017 yang dibentangkan.

*RM234.25 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan, tidak termasuk simpanan luar jangka 2 bilion

*Hasil Kerajaan Persekutuan 2018 dijangka mencecah RM239.86 bilion.

*Peruntukan sebanyak RM200 juta kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), menjadikan jumlah pembiayaan keseluruhan AIM mencecah RM2.7 bilion yang memanfaatkan hampir 400,000 peminjam.

*Peruntukan RM6.5 bilion kepada kelompok pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh getah, termasuk RM2.3 bilion bagi bantuan dan insentif seperti baja dan input pengeluaran kepada pesawah, pekebun kecil, getah dan nelayan.

*Tahun 2020 diisytiharkan sebagai Tahun Melawat Malaysia di mana Malaysia akan menjadi tuan rumah antaranya kepada APEC, WCIT dan CHOGM.

*RM2 bilion diperuntukkan kepada Tabung Pelancongan PKS sebagai pinjaman kepada pengusaha pelancongan dengan memberi insentif subsidi kadar faedah dua peratus.

*MembangunkanSpecial Border Economic Zone di Bukit Kayu Hitam untukmerancakkan ekonomi di bahagian Utara.

*PeruntukanRM1bilion diperuntukkan kepadaTabung Pengangkutan Awam bagi modal kerja dan pembelian aset seperti bas dan teksi.

*RM45 juta peruntukan untuk mewujudkan satu sistem kawalan biometrikbagi memantau pemanduan perkhidmatan bas ekspres.

*Menaik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

*Pembinaanbaharu lapangan terbang Mukah dan pembesaran Lapangan TerbangKota Bharu dan Sandakan.

*Skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) diperkenalkan denganmemberiDanaTabunganPermulaansebanyak RM200 melaluiunit Amanah Saham PNB kepadaanak Malaysia yang lahirmulai 1 Jan 2018 sehingga 2022.

*Sebanyak RM250 jutadiperuntukkan untukpendidikan generasi TN50, termasuk menubuhkanpusat Sains, Teknologi dan Kejuruteraan dan Matematik (STEM), mempertingkatkanmodulComputer Science termasukprogram Coding dan menaik taraf2,000 kelas menjadi Bilik DarjahPintar Pembelajaran Abad ke-21.

*PeruntukanRM2.2 bilionbagipemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Kesihatan.

*Membina14 kompleks sukanbaharu di seluruh negara dengan kos RM112 juta.

*PeruntukanRM61.6 biliondisediakan untuksektor pendidikan termasukRM654jutabagi membinaempat pra sekolah, sembilanpusatPERMATAtermasukdua pusatbaharu untuk kanak-kanak autisme, 48 sekolahrendah, menengah dan kolej vokasional serta sebuah pusat matrikulasi.

*Pelanjutan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 31 Dis 2018.

*Peruntukan RM4.9 bilion untuk melaksanakan Pelan Induk TVET Malaysia.

*Peruntukan RM6.5 bilion untuk penyediaan infrastruktur asas terutama di luar bandar.

*Peruntukan RM1 bilion melalui SKMM bagi membangunkan infrastruktur komunikasi serta kemudahan jalur lebar di Sabah dan Sarawak.

*Peruntukan RM300 juta untuk program NBOS termasuk pembinaan UTC baharu, Blue Ocean Entrepreneur Township dan Mobile CTC.

-- BERNAMA

 
 
Bajet 2018 : PM Beri Perhatian Tinggi Buat Sabah, Sarawak
   
Inti Pati Laporan Ekonomi 2017/2018
   
PVATTBM Harap PM Ambil Kira 'Blueprint Veteran 1Malaysia'
   
Ekonomi Digital Dijangka Dapat Sokongan Dalam Bajet 2018 - MDEC
   

 

 
 


 

 
 
 
 

 

2017 BERNAMA. Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi| Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel